Friday, November 19, 2010
Thursday, October 7, 2010
PERAK AVIATOR WEEK 2010

KELAB AERO MODELLING PERAK akan mengadakan PERAK AVIATOR WEEK 2010:
1. Lokasi: Padang Iskandar Polo Kelab Tambun(4°35'16"N 101°8'59"E)
2. Tarikh: 29,30 & 31 Okt 2010
3. Aturcara: Akan dikeluarkan berasingan.
4. Makan: Akan disediakan untuk: >> Sarapan (30&31hb) Lunch (29,30&31) Minum Ptg (29,30&31hb) Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana.
Acara dibatalkan saat-saat akhir
Friday, October 1, 2010
Friday, September 24, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Saujana Lake Ramadhan Mini Fun Fly Return
Sempena Ramadhan yang mulia, pada 29 Ogos 2010 (Ahad) nanti SPAF members akan menganjurkan Ramadhan Mini Fun Fly di Saujana Lake, Bandar Saujana Putra, Puchong Selangor. Sahabat-sahabat sekalian dijemput hadir ke lokasi seawal jam 4.00 petang sehinggalah waktu berbuka puasa. Bawalah juadah berbuka disamping kapal/helikopter kesayangan untuk menikmati suasana beriadah di tepi Tasik Saujana sambil beramah mesra.
Friday, June 11, 2010
JJCFS Tg Labuh, Batu Pahat Johor on 27th June 2010
Monday, April 26, 2010
Londang Visit 26 April 2010
Semalam sempat lagi melawat Londang High Caparal Runway, Masjid Tanah, Melaka. Rakan-rakan flyer memang layan habis. Tambah-tambah Bro Nizam aka orangkita, Bro Ah Soon, Bro Zaini, Bro Ali & son Nazmi (new flyer 8 years old), Bro Aziz, Bro Imran, Bro turbosky, bro kanchill30 & bro-bro lain yang saya tak ingat nama. Memang syok sangat lawatan semalam di LHCR.
Wednesday, April 7, 2010
JJCFS di Meru Raya Flying Site, Jelapang, Perak.
Seterusnya forum Duniarc (DRC) akan berhujung minggu di Meru Raya Flying Site, Jelapang, Perak Darul Ridzuan pada 10 & 11 April 2010 ini. Sekali lagi Skuad JJCFS www.duniarc.com akan merantau ke utara tanah air di Jelapang, Perak bagi merapatkan talian persahabatan di antara komuniti flyer di dalam duniarc sendiri. Kehadiran flyer dari area Lembah Klang dijangka melebihi 20 orang. Meru Raya Flying Site akan dipenuhi koleksi kapal terbang dan helicopter rc aeromodelling pada hari tersebut. Kemeriahan sudah terasa tatkala hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Dijangka Mustang Sally, Sally II & Sally IV akan menerjah awan di ruang udara Meru Raya Flying Site. Kepada rakan-rakan flyer serta masyarakat sekeliling yang berminat menyaksikan sesi penerbangan ini adalah dijemput hadir. Usaha murni ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan hobi aeromodelling ini kepada seluruh masyarakat berbilang bangsa di negara kita 1Malaysia ini. Nantikan gambar-gambar yang akan dipetik sejurus sahaja Skuad JJCFS DuniaRc ke Meru Raya Flying Site, Jelapang Perak selesai.
Setelah agak sibuk sehari dua ni saya dah selesai edit gambar tersebut, silalah saksikan himpunan gambar JJCFS MRFS
10 April 2010
Sunday, April 4, 2010
Monday, March 29, 2010
Sunday, March 21, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Monday, March 1, 2010
Wednesday, February 24, 2010
Hujung minggu ini pada 27 Feb 2010, sekali lagi Skuad JJCFS www.duniarc.com akan merantau ke Sg. Siput Ipoh, Perak bagi menghadiri Mesyuarat Koordinasi Pertama Sg. Siput Fun Fly 2010. Kehadiran flyer dari area Lembah Klang dijangka melebihi 20 orang. Ladang Infoternak Sg Siput akan dipenuhi kapal terbang dan helicopter rc aeromodelling pada hari tersebut. Sure meriah pada hari tersebut. Dijangka Mustang Sally, Sally II & Sally IV akan menerjah awan di ruang udara Ladang Infoternak Sg Siput. Kepada rakan-rakan flyer serta masyarakat sekeliling yang berminat menyaksikan sesi penerbangan ini adalah dijemput hadir. Usaha murni ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan hobi aeromodelling ini kepada seluruh masyarakat berbilang bangsa di negara kita 1Malaysia ini. Nantikan gambar-gambar yang akan dipetik sejurus sahaja Skuad JJCFS DuniaRc selesai.


Tuesday, February 23, 2010
Cameron Highlands Visit
Last week saya sekeluarga sempat menziarahi adik saya yang bertugas di Cameron Highlands. Dalam kesempatan itu, saya tidak melepaskan peluang snap beberapa gambar heli pad di Berinchang. Kawasannya agak luas, memang sesuai sekali untuk peminat aeromodelling rc plane/heli macam saya ni melayan koleksi masing-masing di sini. Namun kebenaran untuk menerbangkan koleksi sendiri mestilah mendapat kelulusan penjaga heli pad ini. Walaubagaimanapun pada 28 Feb 2010, Skuad JJCFS dari www.duniarc.com akan sampai ke lokasi ini untuk memenuhi schedule kalendarnya. Jom jom kita meriahkan Berinchang, Cameron Highlands.
Wednesday, February 17, 2010
Thursday, February 11, 2010
Sepetang bersama rakan-rakan flyer di Saujana Putra Air Field (SPAF). Boleh dikatakan pada setiap petang, Saujana Putra Air Field akan dihadiri oleh beberapa orang flyer untuk menghabiskan masa lapang dengan bermain dengan koleksi kapal RC masing-masing. Kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menceburi hobi sebegini tidaklah sukar untuk mencubanya. Datanglah ke SPAF kebiasaanya pada sebelah petang sambil membawa keluarga anda menikmati keindahan hobi ini.
Wednesday, January 27, 2010

24 Jan 10 yang lepas Skuad JJCFS (Jalan-Jalan Cari Flying Site) dari forum website www.duniarc.com telah melawat Londang High Caparal Runway (LHCR) Masjid Tanah, Melaka.
slide show lawatan ini
Jalan-Jalan Cari Flying Site yang dianjurkan oleh www.duniarc.com ke Londang Masjid Tanah, Melaka berjalan dengan lancar. Saat-saat manis bersama semua flyer yang hadir telah dipahatkan diruang blog ini untuk tatapan semua. Aktiviti ini adalah aktiviti pertama dalam tahun 2010 ini yang mana seterusnya akan disusuli lawatan ke Pendang, Kedah pula. TQ Sally for the picture.
Tuesday, January 5, 2010
Big Sally on air
Subscribe to:
Posts (Atom)