Wednesday, February 24, 2010

Hujung minggu ini pada 27 Feb 2010, sekali lagi Skuad JJCFS www.duniarc.com akan merantau ke Sg. Siput Ipoh, Perak bagi menghadiri Mesyuarat Koordinasi Pertama Sg. Siput Fun Fly 2010. Kehadiran flyer dari area Lembah Klang dijangka melebihi 20 orang. Ladang Infoternak Sg Siput akan dipenuhi kapal terbang dan helicopter rc aeromodelling pada hari tersebut. Sure meriah pada hari tersebut. Dijangka Mustang Sally, Sally II & Sally IV akan menerjah awan di ruang udara Ladang Infoternak Sg Siput. Kepada rakan-rakan flyer serta masyarakat sekeliling yang berminat menyaksikan sesi penerbangan ini adalah dijemput hadir. Usaha murni ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan hobi aeromodelling ini kepada seluruh masyarakat berbilang bangsa di negara kita 1Malaysia ini. Nantikan gambar-gambar yang akan dipetik sejurus sahaja Skuad JJCFS DuniaRc selesai.





Tuesday, February 23, 2010

Cameron Highlands Visit

Last week saya sekeluarga sempat menziarahi adik saya yang bertugas di Cameron Highlands. Dalam kesempatan itu, saya tidak melepaskan peluang snap beberapa gambar heli pad di Berinchang. Kawasannya agak luas, memang sesuai sekali untuk peminat aeromodelling rc plane/heli macam saya ni melayan koleksi masing-masing di sini. Namun kebenaran untuk menerbangkan koleksi sendiri mestilah mendapat kelulusan penjaga heli pad ini. Walaubagaimanapun pada 28 Feb 2010, Skuad JJCFS dari www.duniarc.com akan sampai ke lokasi ini untuk memenuhi schedule kalendarnya. Jom jom kita meriahkan Berinchang, Cameron Highlands.

Thursday, February 11, 2010





Sepetang bersama rakan-rakan flyer di Saujana Putra Air Field (SPAF). Boleh dikatakan pada setiap petang, Saujana Putra Air Field akan dihadiri oleh beberapa orang flyer untuk menghabiskan masa lapang dengan bermain dengan koleksi kapal RC masing-masing. Kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menceburi hobi sebegini tidaklah sukar untuk mencubanya. Datanglah ke SPAF kebiasaanya pada sebelah petang sambil membawa keluarga anda menikmati keindahan hobi ini.