Monday, February 28, 2011




Aktiviti di Seksyen 7 Shah Alam. Kawasan ini adalah satu tapak perindustrian yang bakal dibangunkan dalam jangkamasa terdekat ini. Menurut sumber sahabat yang telah dimaklumkan tentang perkara ini, tapak perindustrian ini akan dibangunkan sebagai Kilang UMW Toyota. Buat masa ini tapak ini telah diturapkan dengan tar mac yang sangat cantik dan sesuai untuk peminat rc aeromodelling menghabiskan masa lapang di sini. Semenjak awal tahun 2011 ini, pemaju tapak perindustrian ini telah mengizinkan peminat rc kapal terbang mahupun helicopter menerbangkan koleksi-koleksi kepunyaan masing-masing hampir pada setiap hari pada sebelah petang. Namun pada sesi hujung minggu, selain dari peminat rc penonton-penonton dari kalangan pengunjung-pengunjung juga turut hadir.