Monday, April 4, 2011

Big Sally ke udara lagi di PUTD Open Day 2011














Tanggal 2 Apr 2011, Big Sally sekali lagi telah ke udara di ruang udara Kem Mahkota Kluang sempena dengan Hari Terbuka PUTD Kluang, Johor. Berbagai-bagai aturcara telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu PUTD Kluang sendiri. Diantaranya Cessna 172 Joyride, pertunjukan payung terjun, pameran statik pesawat udara (khususnya helicopter), pameran kerjaya dari pelbagai Jabatan Kerajaan dan Swasta, jualan terus pengusaha-pengusaha sajian dan minuman, pakaian, mainan kanak-kanak dan pelbagai lagi bentuk pameran.

Thursday, March 17, 2011

Big Sally Di Ruang Udara Kundang













Terima kasih diucapkan kepada Vicky kerana sudi snap gambar di atas. Banyak lagi cerita dan gambar-gambar mengenai Kundang Mini Fun Fly di sini >>http://www.duniarc.com/index.php/topic,6594.msg215545.html#msg215545

Monday, February 28, 2011




Aktiviti di Seksyen 7 Shah Alam. Kawasan ini adalah satu tapak perindustrian yang bakal dibangunkan dalam jangkamasa terdekat ini. Menurut sumber sahabat yang telah dimaklumkan tentang perkara ini, tapak perindustrian ini akan dibangunkan sebagai Kilang UMW Toyota. Buat masa ini tapak ini telah diturapkan dengan tar mac yang sangat cantik dan sesuai untuk peminat rc aeromodelling menghabiskan masa lapang di sini. Semenjak awal tahun 2011 ini, pemaju tapak perindustrian ini telah mengizinkan peminat rc kapal terbang mahupun helicopter menerbangkan koleksi-koleksi kepunyaan masing-masing hampir pada setiap hari pada sebelah petang. Namun pada sesi hujung minggu, selain dari peminat rc penonton-penonton dari kalangan pengunjung-pengunjung juga turut hadir.

Saturday, January 29, 2011



Bergambar bersama-sama rakan flyer, Rubber & Brozeck.


Tanggal 1 Jan 2011 foto ini diambil. Setahun sudah berlalu buat Big Sally. Namun pada tarikh tersebut Big Sally tidak dapat diterbangkan kerana ada masalah carburator enjin DL 100cc tersumbat. Walaubagaimanapun hal tersebut tidak mengecewakan hatiku. Anyway to Sally my dear, Happy Birthday. Love You Always & Forever.

Monday, January 24, 2011

Warbird Day 2011



Sekali lagi pembukaan bagi tahun 2011 ini, duniarc telah mengorak langkah setapak lagi ke selatan tanahair iaitu di Daerah Segamat, Johor. Segamat Air Field akan meriah pada 29 Jan 2011 ini dengan deruman enjin-enjin Warbird.