Monday, April 4, 2011

Big Sally ke udara lagi di PUTD Open Day 2011














Tanggal 2 Apr 2011, Big Sally sekali lagi telah ke udara di ruang udara Kem Mahkota Kluang sempena dengan Hari Terbuka PUTD Kluang, Johor. Berbagai-bagai aturcara telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu PUTD Kluang sendiri. Diantaranya Cessna 172 Joyride, pertunjukan payung terjun, pameran statik pesawat udara (khususnya helicopter), pameran kerjaya dari pelbagai Jabatan Kerajaan dan Swasta, jualan terus pengusaha-pengusaha sajian dan minuman, pakaian, mainan kanak-kanak dan pelbagai lagi bentuk pameran.