Wednesday, February 24, 2010

Hujung minggu ini pada 27 Feb 2010, sekali lagi Skuad JJCFS www.duniarc.com akan merantau ke Sg. Siput Ipoh, Perak bagi menghadiri Mesyuarat Koordinasi Pertama Sg. Siput Fun Fly 2010. Kehadiran flyer dari area Lembah Klang dijangka melebihi 20 orang. Ladang Infoternak Sg Siput akan dipenuhi kapal terbang dan helicopter rc aeromodelling pada hari tersebut. Sure meriah pada hari tersebut. Dijangka Mustang Sally, Sally II & Sally IV akan menerjah awan di ruang udara Ladang Infoternak Sg Siput. Kepada rakan-rakan flyer serta masyarakat sekeliling yang berminat menyaksikan sesi penerbangan ini adalah dijemput hadir. Usaha murni ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan hobi aeromodelling ini kepada seluruh masyarakat berbilang bangsa di negara kita 1Malaysia ini. Nantikan gambar-gambar yang akan dipetik sejurus sahaja Skuad JJCFS DuniaRc selesai.





No comments:

Post a Comment