Wednesday, April 7, 2010

JJCFS di Meru Raya Flying Site, Jelapang, Perak.











Seterusnya forum Duniarc (DRC) akan berhujung minggu di Meru Raya Flying Site, Jelapang, Perak Darul Ridzuan pada 10 & 11 April 2010 ini. Sekali lagi Skuad JJCFS www.duniarc.com akan merantau ke utara tanah air di Jelapang, Perak bagi merapatkan talian persahabatan di antara komuniti flyer di dalam duniarc sendiri. Kehadiran flyer dari area Lembah Klang dijangka melebihi 20 orang. Meru Raya Flying Site akan dipenuhi koleksi kapal terbang dan helicopter rc aeromodelling pada hari tersebut. Kemeriahan sudah terasa tatkala hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Dijangka Mustang Sally, Sally II & Sally IV akan menerjah awan di ruang udara Meru Raya Flying Site. Kepada rakan-rakan flyer serta masyarakat sekeliling yang berminat menyaksikan sesi penerbangan ini adalah dijemput hadir. Usaha murni ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan hobi aeromodelling ini kepada seluruh masyarakat berbilang bangsa di negara kita 1Malaysia ini. Nantikan gambar-gambar yang akan dipetik sejurus sahaja Skuad JJCFS DuniaRc ke Meru Raya Flying Site, Jelapang Perak selesai.

Setelah agak sibuk sehari dua ni saya dah selesai edit gambar tersebut, silalah saksikan himpunan gambar JJCFS MRFS
10 April 2010


11 April 2010

1 comment:

  1. Wish can joined for this occasion but god not letting me.

    ReplyDelete