Wednesday, February 24, 2010
Hujung minggu ini pada 27 Feb 2010, sekali lagi Skuad JJCFS www.duniarc.com akan merantau ke Sg. Siput Ipoh, Perak bagi menghadiri Mesyuarat Koordinasi Pertama Sg. Siput Fun Fly 2010. Kehadiran flyer dari area Lembah Klang dijangka melebihi 20 orang. Ladang Infoternak Sg Siput akan dipenuhi kapal terbang dan helicopter rc aeromodelling pada hari tersebut. Sure meriah pada hari tersebut. Dijangka Mustang Sally, Sally II & Sally IV akan menerjah awan di ruang udara Ladang Infoternak Sg Siput. Kepada rakan-rakan flyer serta masyarakat sekeliling yang berminat menyaksikan sesi penerbangan ini adalah dijemput hadir. Usaha murni ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan hobi aeromodelling ini kepada seluruh masyarakat berbilang bangsa di negara kita 1Malaysia ini. Nantikan gambar-gambar yang akan dipetik sejurus sahaja Skuad JJCFS DuniaRc selesai.


Tuesday, February 23, 2010
Cameron Highlands Visit
Last week saya sekeluarga sempat menziarahi adik saya yang bertugas di Cameron Highlands. Dalam kesempatan itu, saya tidak melepaskan peluang snap beberapa gambar heli pad di Berinchang. Kawasannya agak luas, memang sesuai sekali untuk peminat aeromodelling rc plane/heli macam saya ni melayan koleksi masing-masing di sini. Namun kebenaran untuk menerbangkan koleksi sendiri mestilah mendapat kelulusan penjaga heli pad ini. Walaubagaimanapun pada 28 Feb 2010, Skuad JJCFS dari www.duniarc.com akan sampai ke lokasi ini untuk memenuhi schedule kalendarnya. Jom jom kita meriahkan Berinchang, Cameron Highlands.
Wednesday, February 17, 2010
Thursday, February 11, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)