Friday, October 1, 2010

Presint 20 Putra Jaya Fun Fly









Ini dia map ke Presint 20 Flying Site





Buat julung kali Presint 20 Flying Site, Putrajaya akan menerima flyers dari seluruh Malaysia juga dari Indonesia pada 2hb Oktober 2010 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Saksikan sendiri demonstrasi model jet berkuasa turbine di samping berpeluang menerbangkan koleksi anda di ruang angkasa berlatarbelakangkan Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Masih lagi dalam suasana Syawal, oleh yang demikian, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati juadah hari raya yang bakal disediakan disamping dapat mempereratkan tali persahabatan antara satu sama lain. Bawalah keluarga di samping bersantai di sini.

Friday, September 24, 2010





Segamat Country Club Air Field Fun Fly on Sept, 25th 2010.
8 am - 6 pm

Kehadiran flyer dari beberapa negeri telah memeriahkan sesi penerbangan pada hari tersebut. Ucapan jutaan terima kasih khas buat Tuan Haji Kassim tuan punya padang terbang kerana telah mengizinkan semua flyer yang hadir menzahirkan sesi penerbangan pada hari tersebut.

Duta duniarc Brozeck, paling ceria ketika tiba di flying site. Sahabat-sahabat lain seperti Lipankaki, Cheros, Karl, hjzali, bro Sueb & bro Jo serta bro Mahazan juga memeriahkan suasana. Tidak lupa kepada flyer dari Gemas, walaupun tidak membawa apa-apa koleksi penerbangan namun kalian turut menceriakan panorama di Segamat Air Field. Tidak dilupakan juga kepada Encik Faizal & isteri yang memberikan sepenuh komitmen menjayakan sesi penerbangan di sini. Sally yang tidak putus-putus memberikan peransang kepada saya di sepanjang sesi penerbangan sehingga ke lewat petang. Tahniah untuk semua. Well done. Next time we will come again. TQ TQ.